Berita UtamaDunia

Rejim Zionis larang kemasukan komoditi asas di Gaza

Israel tutup sempadan, barang tak penting saja dibenarkan

GAZA, 9 Muharram 1443H, Rabu – Sejak berakhirnya serangan rejim Zionis pada Mei lalu, negara pengganas itu terus melarang kemasukan bahan binaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Pakar Ekonomi di Dewan Perniagaan Gaza, Maher Al-Tabba berkata, Israel turut menyekat kemasukan ratusan komoditi asas lain sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pendudukan Israel meneruskan penutupan sempadan antara Israel dan Gaza dan hanya membenarkan kemasukan bahan tidak penting.

“Israel membenarkan kemasukan mesin basuh, peti sejuk dan peralatan untuk sistem tenaga solar.

“Selain itu, komoditi yang tidak memberi kesan sebenarnya kepada penduduk Gaza,” katanya seperti dilapor Middle East Monitor.

Namun lebih menyedihkan, hak pendidikan seolah-olah disekat apabila rejim terus melarang kemasukan komputer yang diperlukan bagi pelajar serta sektor lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button