Berita UtamaDunia

Laluan kapal tangki minyak di Turkiye sesak

Ankara tuntut bukti perlindungan insurans dari kapal seberang selat Bosphorus, Dardanelles

ISTANBUL, 11 Jamadilawal 1444H, Selasa – Berlaku kesesakan di laluan kapal tangki minyak Turkiye berikutan penetapan harga siling minyak mentah Russia, lapor Financial Times.

Empat eksekutif industri minyak berkata, Turkiye menuntut bukti perlindungan insuran daripada kapal yang menyeberangi selat Bosphorus dan Dardanelles.

Sebelum ini, Kesatuan Eropah (EU), negara G7 dan Australia telah meluluskan had harga siling AS$60 (RM263) setong terhadap minyak Russia yang berkuat kuasa 5 Disember.

Sekatan itu akan menghalang penghantaran minyak mentah Russia melalui kapal-kapal tangki ke EU yang merangkumi dua pertiga import benua berkenaan. 

Ia berpotensi mengurangkan dana perang Russia sehingga berbilion-bilion euro.

Ia didakwa sebagai hukuman kerana pencerobohannya ke atas Ukraine, sambil memastikan Moscow terus membekalkan pasaran global.

Langkah itu bermakna hanya kapal tangki yang mengangkut minyak mentah yang dibeli pada harga atau di bawah $60 setong sahaja boleh mengakses perkhidmatan insurans dan kewangan.

Negara G7 – Kanada;  Perancis;  Jerman;  Itali;  Jepun;  Britain; dan Amerika Syarikat – menyediakan perkhidmatan insurans untuk 90 peratus kargo dunia dan EU adalah pemain utama dalam pengangkutan laut.

Menurut Financial Times, kira-kira 19 kapal tangki minyak mentah sedang menunggu untuk transit perairan Turkiye, semalam.

Selat Bosphorus menghubungkan Laut Hitam ke Laut Marmara dan merupakan salah satu laluan maritim tersibuk di dunia.  

Mengikut beberapa anggaran, kira-kira 48,000 kapal melalui selat itu setiap tahun, yang mungkin sukar untuk dilayari. Ini sebahagiannya disebabkan oleh lebar sempit beberapa bahagian laluan air. 

Lebih tiga peratus bekalan global – terutamanya dari Russia dan Laut Caspian – melalui laluan air sepanjang 27 kilometer.

Dilaporkan, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkan keputusan mengenai harga minyak sebagai kedudukan yang lemah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button