Berita UtamaIstimewa

Ultra kiasu tak tahu malu, ‘terhegeh-hegeh’ minta jawatan TPM

Lebih baik beri pada ahli akademik dan profesional daripada tawar kepada PH

BANGI, 10 Muharram 1443H, Khamis – Dasar muka tak malu! Ketika Tan Sri Muhyiddin Yasin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri akibat tiada sokongan majoriti, Pakatan Harapan (PH) dengan sombong menolak pembentukan kerajaan perpaduan.

Namun selepas mengetahui Perikatan Nasional (PN) kemungkinan besar memimpin semula negara, dengan muka tak malu menawarkan supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada PH.

Demikian tempelak pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengulas cadangan pemimpin veteran parti tamak haloba DAP, Lim Kit Siang supaya membentuk ‘Kabinet perang’ bagi melawan penularan wabak COVID-19.

Kononnya, Kabinet Perang perlu melibatkan semua ‘kuasa politik di Parlimen’ dan diketuai salah seorang daripada calon Perdana Menteri yang telah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan perdana menteri, seorang boleh dilantik sebagai perdana menteri dan seorang lagi sebagai timbalan perdana menteri untuk membentuk Kabinet Perang ini,” dakwa Kit Siang.

Membidas hasrat itu, Ridhuan Tee berkata, lebih baik jawatan berkenaan ditawarkan kepada ahli akademik dan profesional di negara ini daripada ditawarkan kepada PH.

“Apa kamu ingat, PN sudah ketandusan orang yang berkaliber dan berwibawa untuk memimpin negara sehingga terpaksa menawarkan kepada kamu?

“Kalau kamu ini jenis orang baik dan jujur, ketika PH memerintah selama 22 bulan, juga majoriti tipis, pernahkah kamu menghulurkan menjemput PN untuk berada dalam Kabinet yang dibentuk.

“Ada kamu buat bapa ultra kiasu? Bukan sahaja kamu tidak buat, tetapi kamu buat pelantikan Kabinet ikut suka hati kamu sahaja tanpa melihat populasi penduduk,” bidasnya dalam kenyataan hari ini.

Membidas lagi, Ridhuan Tee berkata, jika selepas pembentukan kerajaan baharu di bawah PN, PH masih lagi membuat kacau, maka sudah sampainya mereka dihalau keluar daripada dewan.

Ini kerana tindakan itu jelas menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button