Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

COVID-19: Filipina longgar sekatan 10 hari walau kes masih tinggi

Bolehkan kapasiti operasi lebih meluas bagi beberapa perniagaan

MANILA, 11 Muharram 1443H, Jumaat – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bersetuju melonggarkan sekatan di ibu negara bermula esok sehingga 31 Ogos, meskipun negara itu melaporkan jumlah jangkitan harian COVID-19 kedua tertinggi semalam.

Filipina berusaha memerangi lonjakan kes jangkitan dan kematian baharu, yang sebahagiannya didorong oleh varian berbahaya Delta.

Jurucakap Presiden, Harry Roque berkata, wilayah ibu – termasuk 16 bandar dengan 13 juta penduduk – akan diletakkan di bawah sekatan fasa kedua setelah berdepan perintah berkurung yang ketat sejak 6 Ogos lalu.

“Klasifikasi terbaru ini tanpa menjejaskan pelaksanaan perintah sekatan yang ketat,” katanya tanpa menyatakan keputusan kerajaan selepas 31 Ogos sama ada fasa sekatan itu masih dikekalkan atau sebaliknya.

Sekatan yang lebih longgar akan membolehkan kapasiti operasi lebih meluas bagi beberapa perniagaan, namun perkhidmatan makan di kedai dan majlis keagamaan masih tidak dibenarkan.

Kementerian Kesihatan Filipina pada Khamis mengesahkan 14,895 kes jangkitan harian baharu dengan 258 kematian, jumlah kedua tertinggi sejak wabak itu merebak. 

Malah, negara itu turut merekodkan kes aktif yang tinggi dalam tempoh empat bulan mencecah 111,720 kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button