Berita Utama

PEMBELA ucap tahniah pelantikan PM ke-9

‘Kami akan terus menjadi salah satu institusi check and balance kepada dasar-dasar kerajaan’

BANGI, 11 Muharram 1443H, Jumaat – Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 menerima pelbagai reaksi termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara.

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) sebagai salah satu gabungan NGO-NGO Islam yang aktif dalam negara, pada hari ini turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

Susulan itu, PEMBELA berkata, ia akan terus menjalankan fungsi semak dan imbangnya terhadap kerajaan baharu yang akan mentadbir negara. 

“Tahniah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Semoga amanah ini digalas dengan penuh berintegriti dan bertanggungjawab.

“Kami akan terus menjadi salah satu institusi check and balance kepada dasar-dasar kerajaan terutamanya dalam konteks agama Islam, bangsa Melayu dan kedaulatan tanah air,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button