Berita Utama

Polis buat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu kota

Susulan terdapat makluman ada pihak rancang adakan himpunan atau perarakan

KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1443H, Sabtu – Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi hari ini berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamudin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, Susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.

“Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button