Berita Utama

Tak perlu wujud kerajaan perpaduan, hanya cetus huru-hara

Tak mustahil rahsia kerajaan dibocor menjelang PRU15, dakwa Ridhuan Tee

BANGI, 12 Muharram 1443H, Sabtu – Tiada keperluan untuk negara membentuk sebuah kerajaan perpaduan, memandangkan ramai pakar dan profesional berada di dalam serta luar parti.

Ini kerana, mempelawa pembangkang ke dalam Kabinet terutama bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri, akan mencetuskan keadaan huru-hara, apatah lagi tidak mustahil rahsia kerajaan dibocorkan apabila menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mendakwa, tidak mustahil juga pembangkang akan berperanan menjatuhkan kerajaan daripada dalam, berdasarkan kepada bukti-bukti sebelum ini.

“Kalau ketika di luar kerajaan pun sudah huru-hara, bagaimana apabila berada di dalam.

“Sukar dipercayai. Tengok sahaja gelagat mereka di Parlimen ketika rakyat susah,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya posisi Timbalan Perdana Menteri menimbulkan masalah ekoran perebutan pelbagai parti termasuk dari Sabah dan Sarawak, maka jawatan Menteri Kanan perlu diwujudkan semula.

“Lantik dari dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN), UMNO, Bersatu, PAS, GPS atau GRS.

“Kekananan kementerian ini mestilah berkait rapat dalam tatacara memulihkan ekonomi serta kebajikan rakyat,” katanya.

BACA PENUH ULASAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH BERHUBUNG PEMBENTUKAN KABINET KERAJAAN BAHARU DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button