Dunia

Taliban nafi berita warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul

'Laporan mengenai penculikan itu hanya khabar angin'

KABUL, 12 Muharram 1442H, Sabtu – Taliban menafikan laporan mengenai warga asing diculik berhampiran lapangan terbang Kabul, lapor Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan pada Sabtu.

“Laporan mengenai penculikan itu hanya khabar angin. Anggota Taliban membantu memudahkan urusan semua warga asing untuk ke lapangan terbang. Kami tekad untuk memastikan keselamatan mereka,” kata jurucakap Taliban Ahmadullah Waseq.

Beliau berkata anggota Taliban turut mengiringi 150 warga India untuk memastikan mereka selamat tiba di lapangan terbang.

Pada Ahad lalu Taliban menawan Kabul, ibu negara Afghanistan berikutan itu ribuan rakyat membanjiri lapangan terbang Kabul untuk meninggalkan negara itu.

Penerbangan untuk membawa keluar penduduk termasuk warga asing dikatakan bermula sejak Sabtu dan kira-kira 5,000 tentera Amerika Syarikat dikerahkan di lapangan terbang Kabul untuk membantu proses itu.

Sekurang-kurangnya 12 terbunuh akibat ditembak dan dipijak ketika orang ramai berpusu-pusu di lapangan terbang. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button