Berita Utama

Varian Delta boleh membiak dalam hidung individu sudah divaksin

Virus mudah berjangkit sama seperti individu yang tidak divaksinasi

BANGI, 12 Muharram 1442H, Sabtu – Satu kajian baharu mendapati bahawa varian dominan Delta boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin COVID-19, sama seperti mereka yang belum divaksinasi.

Kajian awal menunjukkan bahawa varian Delta dapat membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi seolah-olah mereka tidak divaksin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Malah, katanya, virus yang membiak di dalam hidung itu mudah berjangkit sama seperti orang yang tidak divaksinasi.

“Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain.

“Kajian terdahulu di hospital di India, Provincetown, Massachusettes dan Finland turut mendapati tahap virus varian Delta dikesan sangat tinggi di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka divaksin atau tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, walaupun kemungkinan varian itu dapat menjangkiti orang lain, individu yang divaksinasi telah dilindungi daripada jangkitan teruk dan kematian.

Ia juga termasuk pengurangan risiko kadar kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU), katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button