Jangan sampai munafik bila terlalu ghairah politik
Ada tiga elemen utama wakili komponen jiwa manusia

GHAIRAH berpolitik jangan sampai termasuk dalam kelompok ini.
Perhatikan hadis yang diungkapkan oleh Rasulullah ﷺ ini. Baginda menjelaskan kepada kita terdapat tiga ciri-ciri orang munafik iaitu:
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
“Tanda orang munafik itu ada tiga (iaitu) Sekiranya dia bercakap dia berbohong, sekiranya dia berjanji dia memungkiri dan sekiranya dia diberikan amanah, dia mengkhianati.” (HR al-Bukhari)
Pada hakikat ini ketiga-tiga ciri-ciri yang diberikan oleh Rasulullah ﷺ ini adalah menggambarkan tentang kerosakan jiwa seorang manusia. Terdapat tiga elemen utama yang mewakili komponen jiwa manusia iaitu pertuturan, perbuatan dan niatnya. Ketiga-tiga sifat munafik ini pada hakikatnya mewakili kerosakan semua perkara ini iaitu kerosakan pertuturan, kemusnahan jiwa dan kelunturan pekerti.
Bila ada ciri ciri ini sebenarnya mereka tidak layak jadi pemimpin. Kewajipan rakyat menolak mereka. Kesedaran ini perlu diberi kepada rakyat. Hadis ini umum untuk semua tetapi ciri- ciri ini hampir menepati kepada sebahagian besar ahli-ahli politik.
Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Ketua Perhubungan ISMA Negeri Kelantan