Berita UtamaDunia

Algeria wujud sempadan ketenteraan, mungkin tutup ruang udara untuk Maghribi

Rabat didakwa ancam kestabilan, keselamatan susulan kerjasama dengan Israel

ALGIERS, 13 Muharram 1443H, Ahad – Selepas Algeria mewujudkan sempadan ketenteraan dengan Maghribi, hubungan kedua-dua negara terus menjadi tegang. 

Pemerhati tidak menolak kemungkinan Algeria akan menutup ruang udara yang dikongsi dengan jiran baratnya.

Rabu lalu, Majlis Tinggi Negara Algeria, yang diketuai Presiden Abdelmadjid Tebboune, mengadakan mesyuarat tergempar dan mendakwa Rabat mengancam kestabilan dan keselamatan susulan hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam kenyataannya, majlis itu mendakwa, pihak berkuasa Maghribi menyebabkan kebakaran di negara itu dengan bantuan gerakan Kemerdekaan Kabyle MAK.

Pada masa sama, Algeria turut mengumumkan niatnya untuk mempertimbangkan semula hubungan dengan Maghribi.

Awal minggu ini, Menteri Luar Negeri, Ramtane Lamamra menuduh Maghribi bekerjasama dengan negara haram Israel untuk menganggu Algeria.

Lamamra turut mengecam kenyataan Menteri Luar Israel, yang bercakap mengenai kerjasama antara Algeria dan Iran semasa lawatannya ke Rabat.

Akhbar Algeria melakukan kempen yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap Maghribi, bahawa Algeria sedang mempertimbangkan untuk menyekat laluan udara antara Algiers dan Casablanca sebagai tindakan mempertimbangkan semula hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Akhbar itu, yang dimiliki oleh mantan Menteri Pertahanan, Khaled Nizar, mengesahkan tentera Algeria telah melakukan sempadan ketenteraan dengan Maghribi dan mengisytiharkan keadaan darurat yang luar biasa.

Manakala di pihak Maghribi pula, ia telah meningkatkan keberadaan ketenteraannya di sempadan, dan ada kebimbangan ketegangan akan menyebabkan pertempuran tentera.

Walaupun terdapat langkah-langkah yang diumumkan oleh Algeria, termasuk kajian semula hubungan, Rabat tidak memberi respon terhadap kenyataan Majlis Negara Tinggi Algeria.

Akhbar Maghribi menafsirkan sikap Algeria baru-baru ini sebagai usaha pihak berkuasa untuk mengeksport masalah dalaman mereka ke luar negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button