Berita Utama

Hanya 13 PPV di Lembah Klang boleh ‘walk-in’ mulai esok

Ia berikutan kadar kehadiran untuk 'walk-in' makin berkurangan

BANGI, 13 Muharram 1443H, Ahad – Mulai esok, hanya 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang akan menerima individu bagi mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’.

Keputusan itu susulan kadar kehadiran warganegara Malaysia di PPV untuk ‘walk-in’ saban hari semakin berkurangan sejak ia dilaksanakan pada 2 Ogos lalu, kata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF). 

PPV yang terpilih secara walk-in ialah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) HCO F, HCO G dan HCO H; Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), Axiata Arena Bukit Jalil, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam dan Hotel Wyndham, Klang.

Selain itu, PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dewan Seri Bernam di Sabak Bernam, Stadium Tertutup Kuala Selangor dan Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat.

Terdapat empat lagi PPV secara walk-in yang bermula Rabu dan Khamis iaitu PPV Le Pavilion Gamuda Garden di Gombak, Bukit Beruntung Golf Resort manakala hari Khamis pula ialah di PPV Galaxy Mall Ampang serta di Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button