Dunia

Mesir tutup persimpangan Rafah atas alasan keselamatan

Dipercayai susulan ketegangan antara rejim Israel dan Hamas pada Sabtu

KAHERAH, 14 Muharram 1443H, Isnin – Mesir hari ini akan menutup persimpangan Rafah di sempadannya dengan Semenanjung Gaza sehingga diberitahu kelak, menurut sumber keselamatan negara itu.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – yang memerintah Gaza – memaklumkan bahawa pihaknya telah diberitahu oleh Mesir mengenai keputusan untuk menutup persimpangan bagi kedua-dua arah, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Menurut sumber keselamatan Mesir, penutupan itu dibuat atas alasan keselamatan berikutan ketegangan pada Sabtu antara Israel dan Hamas, susulan serangan pesawat rejim pengganas ke atas lokasi di Gaza.

Rafah adalah satu-satunya persimpangan antara Mesir dan Gaza, di mana sekatan penjajah Israel telah menghalang kemasukan serta pergerakan barang dan penduduk selama bertahun-tahun. 

Mesir terus membuka laluan persimpangan itu setelah konflik 11 hari antara Israel dan Hamas pada Mei lalu, bagi memudahkan penghantaran bantuan serta bahan binaan setelah gencatan senjata antara kedua pihak dilaksanakan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button