Berita Utama

Nur Umairah raih tempat pertama WorldSkills Asia

Harum nama Malaysia dalam kemahiran peringkat junior kategori Operasi Drone

BANGI, 14 Muharram 1443H, Isnin – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Sungai Besar, Nur Umairah Mohamad Suwandi mengharumkan negara selepas memenangi tempat pertama pertandingan WorldSkills Asia Online Friendly Skills Games 2021 yang berlangsung pada 3 hingga 7 Ogos lalu.

Kejayaan remaja berusia 16 tahun itu diraih menerusi kategori utama pertandingan kemahiran peringkat junior iaitu Operasi Drone, selain turut berjaya menerima penghargaan untuk Kategori Inovasi Drone.

Nur Umairah adalah wakil Malaysia yang mengambil bahagian, dengan berdepan beberapa pesaing dari negara lain seperti Russia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Azerbaijan.

Bukan hanya menjadi antara pelajar yang sentiasa mendapat keputusan cemerlang setiap tahun, remaja itu juga adalah penghafaz al-Quran.

Penyertaan Nur Umairah dipantau dan dilatih oleh Pakar Teknikal yang juga Pengarah Aeronerve Drone Academy, Rekykurnia Dasril yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Putrajaya.

Rekykurnia juga adalah Certified Aerial Robotic Trainer bagi Drone Coex Clover yang digunakan sebagai platform pertandingan WorldSkill.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button