Berita UtamaDunia

Israel bom kilang senjata Hamas di Gaza

Pelancar roket bawah tanah bawah turut diserang Zionis

TEL AVIV, 15 Muharram 1443H, Selasa – Pesawat perang negara pengganas Israel mengebom lokasi Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza.

Serangan itu didakwa sebagai tindak balas terhadap belon api yang dilancarkan semalam dari wilayah Palestin yang dikepung.

Tidak ada laporan segera mengenai korban jiwa dalam serangan udara yang menyasarkan kemudahan pengeluaran senjata dan lokasi pelancaran roket milik Hamas.

Dalam satu kenyataan, tentera rejim Zionis berkata, jet pejuang menyerang ‘sebuah tapak pembuatan senjata Hamas di Khan Younis serta pintu masuk terowong Jabalia’.

“Lokasi pelancaran roket bawah tanah Hamas yang terletak bersebelahan rumah orang awam dan sebuah sekolah di Shujaiya juga diserang,” katanya.

Difahamkan, serangan belon api yang dilancarkan rakyat Palestin bertujuan untuk menekan Israel bagi meringankan sekatan di Gaza dan membenarkan bantuan sampai ke wilayah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button