Berita Utama

Penjajahan dan penghapusan tersusun orang Melayu di bandar

Kemasukan imigran secara beramai-ramai dilaksana secara terancang

SELAMA lebih 400 tahun, penjajahan telah memusnahkan penempatan, merampas tanah dan mengusir bangsa Melayu daripada bandar kolonial.

Bermula dari Portugis yang bermula pada tahun 1511, Belanda pada tahun 1641 di Melaka dan kemudiannya British bermula pada tahun 1824 telah berjaya menghapuskan bangsa Melayu secara fizikal dan metafizikal.

Setelah itu, kemasukan imigran secara beramai-ramai dilaksanakan secara terancang oleh penjajah Barat dan mereka telah mengambil alih penempatan, tanah, pegangan ekonomi dan politik orang Melayu serta kemudiannya orang Melayu diusir ke luar bandar dan disempitkan dengan aktiviti pertanian.

Namun begitu, implikasi negatif ke atas status quo orang Melayu bertambah buruk menjelang kemerdekaan menerusi pembinaan penempatan melalui bandar kolonial yang menjadi serangan terakhir British bagi melengkapkan fasa settler colonialism sebelum menyerahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Saksikan kupasannya di Webinar Kemerdekaan IRIS bertajuk Penjajahan dan Penghapusan Tersusun Orang Melayu di Bandar pada:

Tarikh: 30 Ogos 2021
Hari: Isnin
Jam: 8.30 pm

Daftar sekarang secara PERCUMA pada pautan yang disediakan di bawah:
https://bit.ly/3D1BExG
https://bit.ly/3D1BExG
https://bit.ly/3D1BExG

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button