Berita Utama

Ismail Sabri perlu elak lantik pemimpin ada skandal politik, moral

Kredibiliti kerajaan baharu terjejas jika pilih Azmin jadi TPM

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 16 Muharram 1443H, Rabu – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri perlu berjiwa besar dan melantik hanya pemimpin yang layak untuk bersamanya dalam barisan jemaah menteri baharu.

Pelantikan mana-mana individu yang pernah memberi kesan negatif di mata rakyat dan mencemarkan populariti kerajaan perlu ditolak tanpa sebarang kompromi.

Ketua BERJASA, Hazwan Mohamad berkata, kegusaran kini timbul apabila nama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebut sebagai ‘calon’ Timbalan Perdana Menteri. 

Bercakap kepada Ismaweb.net hari ini, beliau yakin sekiranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu dinaikkan sekali lagi untuk jawatan penting negara, ia bakal memberi kesan buruk terhadap kredibiliti kerajaan baharu.

“Masih ramai lagi yang layak dan lebih berwibawa untuk dilantik ke jawatan TPM

“PM perlu berjiwa besar, dalam masa sesingkat ini Ismail Sabri perlu ketepikan mana-mana individu yang telah terbukti banyak beri kesan negatif terhadap kerajaan sebelum ini.

“Pilih mereka yang bebas skandal politik dan moral, bebas kluster mahkamah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta supaya Ismail Sabri mengurangkan bilangan menteri dan timbalan menteri bagi membolehkan pengurangan kos dan membina pasukan yang lebih efektif.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button