Dunia

Kazakhstan juga larang individu tak vaksin masuk restoran

Tunjuk status hijau bukti vaksinasi lengkap atau pulih wabak

ALMATY, 16 Muharram 1443H, Rabu – Selain Malaysia, Kazakhstan juga memutuskan untuk melarang individu yang tidak mengambil vaksin COVID-19 daripada memasuki pusat membeli-belah, restoran dan kafe.

Langkah yang mula dikuat kuasakan hujung minggu ini adalah usaha untuk mengekang penularan wabak pandemik itu. 

Kerajaan berkata, individu yang ingin membeli-belah dan makan di premis harus menunjukkan status ‘hijau’ pada aplikasi mudah alih, bagi membuktikan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap atau pulih daripada wabak selama tiga bulan.

Perintah baharu itu berkuat kuasa mulai Sabtu ini, kata pemerintah. 

Pada masa sama, bekas republik Soviet itu merancang untuk membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka mulai bulan depan. 

Sebilangan besar sekolah di negara itu telah ditutup sejak Mac 2020. 

Setakat ini, Kazakhstan melaporkan 823,189 kes COVID-19 dengan 8,643 kematian.

Negara itu juga telah memberikan suntikan vaksin kepada 5.1 juta orang, iaitu lebih satu perempat penduduknya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button