Berita UtamaDunia

Taliban gesa pakar Afghanistan tak larikan diri

AS diminta henti bawa pakar seperti jurutera, doktor ke negara lain

KABUL, 16 Muharram 1443H, Rabu – Taliban meminta rakyat Afghanistan yang mempunyai kepakaran untuk tidak melarikan diri dari negara itu.

Jurucakap kumpulan itu memberitahu Amerika Syarikat (AS) untuk berhenti membawa ‘pakar dari Afghanistan’ seperti jurutera dan doktor ke luar negara.

Kira-kira 16,000 orang telah dipindahkan dari Afghanistan dalam 24 jam terakhir, menurut Pentagon, ketika pasukan AS memimpin usaha yang semakin terdesak untuk mengangkut ribuan lagi sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Taliban.

 

Presiden AS, Joe Biden berada di bawah tekanan yang meningkat untuk melanjutkan tarikh akhir 31 Ogos bagi menarik pasukan Amerika, dengan Britan dijangka melobi pada sidang kemuncak G7 secara maya pada hari Selasa.

Bercakap pada sidang media di Kabul, semalam, jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid mendakwa, kumpulan itu tidak akan bersetuju lanjutan tarikh akhir, dan memberitahu AS untuk menghentikan pemindahan Afghanistan yang mempunyai kepakaran.

Mujahid juga mendakwa, pekerja wanita Afghanistan perlu duduk di rumah sehingga keadaan keselamatan di negara ini bertambah baik.

Kira-kira 50,000 warga asing dan rakyat Afghanistan telah melarikan diri dari negara itu melalui lapangan terbang Kabul sejak Taliban berkuasa sembilan hari yang lalu, menurut pemerintah AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button