Dunia

Gaza rekod 33 kes jangkitan varian Delta

10 berada dalam kritikal, dirawat di ICU Hospital Gaza Eropah

GAZA, 17 Muharram 1443H, Khamis – Semenanjung Gaza merekodkan 33 kes jangkitan COVID-19 membabitkan varian dominan Delta yang kini dirawat di Hospital Gaza Eropah, kata Pengarah Pusat Perubatan, Yousef Al-Akkad.

Yousef berkata, daripada jumlah itu, 10 pesakit kini berada dalam kritikal dan dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU), selain turut menggambarkan keadaan kesihatan pesakit lain juga serius.

Katanya, keadaan itu menunjukkan bahawa varian Delta lebih berbahaya dan boleh merebak lebih cepat ke seluruh tubuh individu yang dijangkiti.

“Varian Delta lebih tinggi berdepan risiko kematian dan mempengaruhi semua peringkat umur, termasuk golongan muda,” katanya memberi amaran.

Yousef berkata, angka jangkitan harian COVID-19 juga meningkat, dan menegaskan bahawa antara salah satu usaha mengekang adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin serta mematuhi langkah pencegahan dan keselamatan.

Setakat ini, sejumlah 329,204 orang telah dijangkiti COVID-19 di Palestin, dengan 3,646 daripadanya meninggal dunia dan 314,967 kes lagi pulih, menurut Worldmeters AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button