Berita UtamaDunia

Kes baharu Australia lepasi angka 1,000 buat kali pertama

Kerajaan berusaha tangani lonjakan varian Delta yang cepat menular

SYDNEY, 17 Muharram 1443H, Khamis – Kes baharu COVID-19 di Australia meningkat melebihi 1,000 untuk pertama kali sejak pandemik global bermula.

Peningkatan kes harian berlaku ketika dua hospital besar di Sydney mendirikan khemah kecemasan bagi membantu menangani peningkatan pesakit.

Sydney – bandar terbesar di negara itu dan pusat wabak semasa – sedang berusaha menangani lonjakan varian Delta yang cepat menular, dengan jangkitan harian mencapai tahap tertinggi walaupun selepas dua bulan sekatan pergerakan.

Ibu negeri New South Wales (NSW) melaporkan 1,029 kes baharu yang diperoleh secara tempatan.

Peningkatan pesakit COVID-19 memaksa hospital Westmead dan Blacktown di Sydney mendirikan khemah.

Varian Delta telah menghilangkan kejayaan awal Australia terhadap virus yang mengekalkan jumlah kes relatif rendah, dengan sekitar 47,700 kes dan 989 kematian.

Kira-kira 32 peratus penduduk berumur atas 16 tahun telah diberi vaksin sepenuhnya sementara lebih dari 54 peratus mempunyai sekurang-kurangnya satu dos.

Selain Sydney, kota kedua terbesar di negara itu, Melbourne dan ibu kota, Canberra berdepan sekatan pergerakan ketat dengan separuh daripada 25 juta penduduk negara itu di bawah arahan duduk di rumah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button