Dunia

Mesir buka sempadan Rafah hingga Sabtu

Bolehkan rakyat Palestin terkandas kembali ke Semenanjung Gaza

KAHERAH, 17 Muharram 1443H, Khamis – Mesir membuka kembali persimpangan Rafah di sempadannya dengan Semenanjung Gaza untuk laluan satu arah selama tiga hari, bermula Khamis. 

Sumber keselamatan memaklumkan, pembukaan pintu sempadan itu bagi membolehkan rakyat Palestin yang terkandas untuk kembali ke kawasan kecil pantai.

Barang dan bantuan dari Mesir juga akan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza, kata sumber itu.

Isnin lalu, Mesir menutup persimpangan Rafah sehingga ke satu tempoh yang dimaklumkan kelak, atas alasan keselamatan berikutan ketegangan yang berlaku antara Israel dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pada Sabtu lalu.

Rafah adalah satu-satunya persimpangan antara Mesir dan Gaza, di mana sekatan penjajah Israel telah menghalang kemasukan serta pergerakan barang dan penduduk selama bertahun-tahun. 

Mesir terus membuka laluan persimpangan itu setelah konflik 11 hari antara Israel dan Hamas pada Mei lalu, bagi memudahkan penghantaran bantuan serta bahan binaan setelah gencatan senjata antara kedua pihak dilaksanakan. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button