Berita Utama

Penutupan Jalan Johar dan lorong kanan Lebuhraya SPRINT mulai Sabtu ini

Bagi bolehkan kerja-kerja bina jalan raya dapat dijalankan

KUALA LUMPUR, 17 Muharram 1443H, Khamis – Laluan trafik dari Kuala Lumpur menghala ke Jalan Johar, Bangsar melalui Lebuhraya SPRINT akan ditutup sepenuhnya mulai 28 Ogos ini hingga Mac 2022.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja membina jalan raya bertingkat dari persimpangan Lebuhraya SPRINT/Jalan Maarof ke persimpangan Lebuhraya Sprint/Jalan Semantan.

Menurut kenyataan itu, laluan trafik lorong kanan dari Lebuhraya SPRINT KM 7.0 ke Jalan Johar juga ditutup sepenuhnya mulai tarikh tersebut bagi membolehkan kerja-kerja cerucuk dan kerja-kerja pengalihan paip air pembentung dilaksanakan.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda di tapak sebagai panduan dan langkah keselamatan bagi mengelak kekeliruan dan sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button