Berita Utama
PM selesai menghadap Agong
Kenderaan dinaiki Ismail Sabri beredar dari istana jam 1.38 tengah hari

KUANTAN, 17 Muharram 1443H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan perkarangan Istana Abdulaziz di sini, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dipercayai bagi mempersembahkan cadangan senarai nama menteri Kabinet.
Kenderaan dinaiki beliau beredar dari istana pada jam 1.38 tengah hari dan Ismail Sabri sempat melambaikan tangan kepada wartawan dan jurufoto yang menanti di laluan utama ke Istana Abdulaziz.
Terdahulu, Ismail Sabri dilihat memasuki perkarangan istana pada 10.53 pagi dengan diiringi oleh tiga kenderaan lain dan kawalan polis trafik.
Turut bersama perdana menteri ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.