Berita Utama

Butang hidraulik rosak, lori tanah tersangkut pada jejantas

Pemandu lori terselamat hanya sakit di bahagian dada

SUNGAI BESAR, 18 Muharram 1443H, Jumaat – Sebuah lori bawa tanah tersangkut di jejantas di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Taman Penggawa, Sungai Lias, di sini, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 4.45 petang ketika kenderaan berat itu selesai menurunkan tanah di kawasan pembinaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku akibat kerosakan butang hidraulik pada kenderaan berkenaan.

“Ketika lori meneruskan perjalanan secara tiba-tiba, bahagian ‘bucket’ tersangkut pada jejantas.

“Difahamkan kemalangan berlaku akibat kerosakan butang hidraulik,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini hari ini.

Agus Salim bagaimanapun berkata, pemandu lori terselamat dalam kejadian itu dan hanya mengadu sakit di bahagian dada.

Katanya, akibat kemalangan itu, lori dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian ‘bucket’.

“Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video dan gambar di laman sosial menunjukkan lori tanah terbabit tersangkut di jejantas.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button