Berita Utama

Lebih 60 peratus populasi dewasa lengkap dua dos vaksin: JKJAV

80.9 peratus sudah terima dos pertama

KUALA LUMPUR, 18 Muharram 1443H, Jumaat – Malaysia mencapai 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian maklumat dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, seramai 18,948,648 individu atau 80.9 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 33,044,202 dos.

Menurut JKJAV, 58 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara mendapat dos pertama manakala 43.2 peratus melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula merekodkan sebanyak 408,295 dos dengan 252,626 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,669 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button