Berita Utama

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Ahmad Sarji meninggal dunia

Menghembus nafas terakhir di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1443H, Sabtu – Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia di sebuah hospital pada 1.40 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Ahmad Sarji dalam satu kenyataan hari ini.

“Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu.

Allahyarham merupakan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan bekas Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button