Berita UtamaDunia

Dakwa Afghanistan diancam, Perancis bawa keluar 3,000 penduduk

Daripada jumlah itu, 2,600 orang merupakan warga Afghanistan

PARIS, 19 Muharram 1443H, Sabtu – Perancis menamatkan operasi pemindahan keluar dari Afghanistan – yang dikuasai Taliban – semalam, sehari selepas insiden serangan bom nekad di luar lapangan terbang di Kabul.

Menteri Luar, Jean-Yves Le Drian dan Menteri Pertahanan, Florence Parly berkata, pemindahan keluar hampir berakhir dengan 3,000 orang.

“Pasukan di kedutaan Perancis di Kabul tiba di Abu Dhabi sebelum kembali ke Perancis,” katanya dalam kenyataan sambil menyarankan Duta David Martinon pulang.

Parly menerusi akaun di Twitter berkata, Perancis akan terus membantu mereka yang memerlukan perlindungan untuk meninggalkan Afghanistan.

Katanya, ketika operasi pemindahan itu, hampir 3,000 orang termasuk lebih dari 2,600 rakyat Afghanistan telah dibawa ke Perancis.

Pangkalan Perancis di Abu Dhabi telah menjadi titik transit bagi mereka yang dipindahkan sebelum menuju ke Paris.

Khamis lalu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, duta dan kakitangan diplomatik lain akan meninggalkan Kabul dalam beberapa hari dengan salah satu penerbangan Perancis terakhir yang keluar.

Katanya, duta akan mengekalkan jawatannya, namun atas alasan keselamatan, beliau akan bekerja dari Paris buat masa ini.

Selain itu, kenyataan para menteri mengatakan bahawa Perancis akan meneruskan kerjanya untuk melindungi warga Afghanistan yang diancam, termasuk selepas 31 Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button