Berita Utama

KSN ucap takziah kepada keluarga Tun Ahmad Sarji

Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara

PUTRAJAYA, 19 Muharram 1443H, Sabtu – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali mengucapkan takziah kepada keluarga mantan KSN Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang meninggal dunia di sebuah hospital awal pagi ini.

“Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat negara melalui jasa dan bakti yang telah dicurahkan selama ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” kata Mohd Zuki melalui satu hantaran di laman rasmi Facebooknya.

Allahyarham Ahmad Sarji berkhidmat sebagai KSN dari 1990 hingga 1996.

Menurut Mohd Zuki, Allahyarham Ahmad Sarji merupakan seorang tokoh pentadbir pentadbiran awam yang amat disegani serta dihormati sewaktu dalam perkhidmatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button