Pendapat

Lebih ramai Ahli Parlimen 60 tahun ke atas diseru ikut jejak Nazri Aziz

62 peratus Ahli Parlimen Malaysia berusia 50 tahun ke atas, 1/3 berusia 60 tahun

1. PENGUMUMAN DS Nazri Aziz untuk bersara dari politik dan tidak bertanding PRU15 adalah langkah tepat.

2. Usia Nazri Aziz tahun ini ialah 67 tahun, beliau patut membuat keputusan tersebut 7 tahun lalu lagi.

3. Saya juga turut menyeru Ahli-ahli Parlimen yang berusia 60 tahun dan ke atas mengikut jejak langkah Nazri untuk umumkan persaraan dari politik segera.

4. Ini bagi membolehkan calon lebih muda diangkat untuk bertanding PRU akan datang.

5. Untuk rekod, Malaysia hanya mempunyai 28% Ahli Parlimen berusia 50 tahun ke bawah, jika dibandingkan Australia mempunyai 50% Ahli Parlimen berusia 50 tahun ke bawah, UK 47%, Singapura 46%.

6. Malaysia mempunyai 62% Ahli Parlimen berusia 50 tahun ke atas yang mana 1/3 dari jumlah itu berusia 60 tahun ke atas.

7. Fenomena ini berlaku kerana politik Malaysia dikuasai warlord-warlord politik yang terlalu lama berkuasa, memegang jawatan politik dan kaya dengan hasil politik.

8. Sudah tiba masanya, landskap politik Malaysia berubah!

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button