Dunia

Malaysia kutuk serangan pengganas di lapangan terbang Afganistan

Sentiasa sokong usaha ke arah cari jalan penyelesaian damai

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1443H, Sabtu – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas pada Khamis lepas ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, Afghanistan yang menyebabkan banyak orang kehilangan nyawa dan cedera.

Kenyataan Kementerian Luar memaklumkan serangan itu hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang telah sedia teruk di Afghanistan.

“Malaysia menggesa semua pihak yang berkenaan agar mengutamakan keselamatan dan perlindungan orang awam termasuk mereka yang ingin meninggalkan negara itu.

“Malaysia memuji peranan yang dimainkan oleh komuniti dan organisasi antarabangsa dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan di Afghanistan termasuk golongan rentan seperti wanita, kanak-kanak dan minoriti,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, Malaysia akan terus menyokong usaha ke arah mencari jalan damai serta penyelesaian yang berkekalan demi kepentingan Afghanistan dan rakyatnya.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button