Berita UtamaDunia

Ngeri! Russia rekod 50,421 kes kematian COVID-19 pada Julai

Pihak berkuasa salahkan varian Delta, kadar vaksinasi rendah

MOSCOW, 19 Muharram 1443H, Sabtu – Russia menyaksikan jumlah kematian COVID-19 bulanan tertinggi pada Julai, dengan 50,421 kes kematian akibat pandemik itu atau sebab yang berkaitan, lapor agensi statistik Rossta.

Angka berkenaan melebihi jumlah kematian pada Disember, sehingga kini bulan paling mengerikan berhubung pandemik di Russia.

Pihak berkuasa Russia menyalahkan penularan varian Delta dan kadar vaksinasi rendah untuk gelombang ketiga jangkitan coronavirus – yang memuncak pada Julai lalu.

Dewan Bandaraya Moscow turut melaporkan jumlah kematian COVID-19 terburuk pada Julai, ketika angka kematian di bandar itu 70 peratus lebih tinggi daripada sebelum pandemik pada 2019.

Data daripada Rosstat menunjukkan, secara keseluruhan, Russia mencatatkan sekitar 365,000 kematian yang berkaitan COVID-19 antara April 2020 dan Julai.

Angka itu melebihi jumlah kematian rasmi sekitar 180,000 orang, yang diterbitkan oleh pasukan petugas coronavirus Russia pada awal Jumaat.

Beberapa ahli epidemiologi berkata, mengukur kematian berlebihan adalah kaedah terbaik untuk menilai jumlah kematian semasa wabak. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button