Israel serang Gaza lagi! Kali ini sasar lokasi milik al- Qassam
Zionis konon dakwa tindak balas dari serangan belon bakar

GAZA, 20 Muharram 1443H, Ahad – Rejim pengganas Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza awal pagi tadi, menurut Agensi Anadolu.
Saksi memberitahu, serangan berkenaan menyasarkan lokasi yang digunakan oleh sayap bersenjata Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam dan sebuah ladang.
Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa Palestin tidak memaklumkan sama ada serangan itu menyebabkan sebarang korban jiwa.
Israel mendakwa, pihaknya menyasarkan tapak latihan dan kemudahan pengeluaran senjata milik Hamas, sebagai tindak balas serangan belon bakar ke wilayahnya dari Gaza.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan pada Sabtu bahawa serangan Israel ke atas Gaza ketika protes di sempadan mencederakan 11 penunjuk perasaan.- Agensi