Berita Utama

Hanya 2.1 peratus pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5 hari ini

76.1 peratus kes daripada individu belum divaksin atau belum terima vaksin penuh

KUALA LUMPUR, 21 Muharram 1443H, Isnin – Sebanyak 399 kes atau 2.1 peratus daripada 19,268 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah dalam kategori 3, 4 dan 5, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan mengatakan selebihnya iaitu sebanyak 18,869 kes atau 97.9 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2.

Secara kumulatif, 14,664 kes atau 76.1 peratus daripada keseluruhan kes adalah daripada mereka yang belum divaksin atau belum diberi vaksin sepenuhnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, seramai 1,033 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 476 daripadanya memerlukan sokongan pernafasan.

Beliau berkata, daripada 295 kematian baru, 261 adalah rakyat tempatan dan 34 warga asing sementara 53 daripadanya adalah kematian akibat COVID-19 yang dibawa ke hospital atau Brought in Dead (BID).

Selain itu, bercakap mengenai kluster, beliau berkata, sebanyak 36 kluster baharu dikesan dengan 17 daripadanya melibatkan tempat kerja, 14 berkaitan dengan komuniti, dua kumpulan berisiko tinggi, dua premis pendidikan dan satu pusat tahanan.

Data terbaru oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 berada pada tahap 1.01, dengan Sarawak mempunyai tertinggi 1.24, diikuti oleh Perlis (1.20) dan Sabah (1.14).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button