Berita Utama

PM kuarantin mulai hari ini, tidak hadir angkat sumpah

PM akan sertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 secara maya

KUALA LUMPUR, 21 Muharram 1443H, Isnin – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini, setelah disahkan kontak rapat pesakit COVID-19.

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan Ismail Sabri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan.

Istiadat itu berlangsung 2.30 petang ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok, secara maya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button