Berita UtamaDunia

Pertempuran besar pertahan Masjid al-Aqsa selepas Ramadan: Hamas

Tindakan Israel berterusan ceroboh masjid bakal membawa padah

BAITULMAQDIS, 29 Ramadan 1443H, Ahad – Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran, ‘pertempuran besar’ demi mempertahankan Masjid al-Aqsa akan bermula selepas Ramadan sekiranya rejim haram Israel tidak menghentikan pencerobohannya di masjid itu.

“Pertempuran untuk melindungi Masjid al-Aqsa akan berlaku kerana Zionis mempunyai beberapa peristiwa untuk mereka menceroboh masjid,” kata Yahya Sinwar pada persidangan ahli akademik Palestin di Semenanjung Gaza, semalam.

Penduduk Israel kerap menyerbu pekarangan Masjid al-Aqsa pada pelbagai hari perayaan Yahudi, satu tindakan yang dikecam oleh umat Islam sebagai mencemarkan tapak suci itu.

Yahya menyifatkan mempertahankan kesucian Islam, khususnya Masjid al-Aqsa, sebagai tanggungjawab dan perjuangan gerakan Islam.

Beliau juga memuji wanita dan lelaki Palestin kerana menentang pendudukan Israel dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.

Ketegangan kekal tinggi di wilayah Palestin yang diduduki sejak beberapa minggu lalu. Keadaan amat tegang di al-Quds, di mana terletaknya perkarangan Masjid al-Aqsa.

Tentera Israel dilaporkan menyerang jemaah Palestin di sana, ketika mereka berkumpul untuk solat semasa bulan suci Ramadan.

Pencemaran masjid telah mendapat kecaman meluas, dengan kumpulan pejuang Palestin menjanjikan tindak balas yang tegas.

Merujuk kepada kesediaan rakyat Palestin mengorbankan nyawa mereka untuk melindungi Masjid al-Aqsa, pemimpin Hamas itu berkata, operasi syahid dilakukan rejim Zionis membuktikan bahawa rejim itu ‘lebih lemah daripada sarang labah-labah.’

“Beribu-ribu rumah ibadat akan dicemari jika tindakan Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa berulang,” katanya.

Peneroka Israel menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di bawah perlindungan tentera Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button