Ayuh bangsaku! Bangkit berjuang bersama BERJASA
Penuh visi dan misi untuk ubah landskap politik negara

ALHAMDULILLAH sempena Kemerdekaan Negara ke-64, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh kepimpinan Pemuda Pemudi BERJASA dan Ketua Pemuda Pemudi Bahagian seluruh negara.
Ini adalah bukti bahawa BERJASA Malaysia sudah berjaya memecah tradisi, melibatkan anak-anak muda tampil penuh berani di pentas politik negara.
Penuh idea misi dan visi untuk mengubah landskap politik negara.
Kita juga sudah mula kerja-kerja akar umbi.
Menyantuni individu dari rumah ke rumah, dari lorong hingga ke taman, dari kampung hingga ke bandar, daerah dan negeri. Pemuda Pemudi BERJASA akan terus sembahi.
Sekarang kita aktif dengan projek di bawah teras kebajikan, demi memastikan BERJASA tidak ketinggalan dalam memahami denyut nadi rakyat dan kebajikan rakyat terus terbela, kami akan melancarkan Skuad Sukarelawan Wira Wati BERJASA.
Kami juga ada merancang untuk mengumpulkan anak muda yang aktif bersukan dengan Tema Sukan Rekreasi i-Jaguh BERJASA. Sukan larian, kayuhan, badminton, futsal dan pelbagai jenis sukan negara.
Untuk memastikan BERJASA fokus dalam melestarikan semula kepimpinan negara yang hampir pupus.
Kita akan perkasakan teras politik akar umbi.
Untuk mengasah bakat baru, pemimpin berkarisma, kita ada latihan YB Muda dan pentas sebagai latihan kepimpinan, penguasaan pentas, pidato, syarahan dan pengucapan awam.
Kita akan kumpulkan kepakaran media sebagai gerak saraf parti untuk terus mendominasi media sosial Twitter, TikTok, FB dan Instagram Kita ada latihan PENDESAK dengan harapan segala bakat dan kreativiti anak-anak muda dimanfaatkan untuk suatu revolusi kebangkitan arus baru politik negara.
Semuanya dalam arena politik Parti BERJASA
Salam Kemerdekaan ke-64
“SAYANGI NEGARAKU”
Ustaz Fahmi Bazlan Muda
Ketua Pemuda BERJASA Pusat