Berita Utama

Ustazah Nazirah ambil tindakan undang-undang terhadap P Ramasamy

'Kami diam bukan kerana lemah, P Ramasamy jumpa di mahkamah!'

BANGI, 11 Syaaban 1443H, Selasa – Ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah dilaporkan, telah mengambil tindakan perundangan terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berhubung isu anak-anak Loh Siew Hong.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, Ustazah Nazirah telah meminta bantuan Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi mengambil tindakan terhadap fitnah dilemparkan Ramasamy.

“Kami diam bukan kerana takut atau lemah, tetapi kami diam kerana kami buat kerja dalam diam & biarkan anda terus bercakap.

“Berani kerana benar, edit & padam kerana salah. Sudah terlambat untuk edit atau padam kerana segalanya sudah kami save. Andai dipadamkan sekalipun, IT expert kami dah simpan elok-elok.

“P Ramasamy, jumpa di mahkamah!” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Ustazah Nazirah yang melindungi ketiga-tiga anak Loh bukan sahaja dituduh menculik remaja bahkan pernah menerima ugutan bunuh.

Loh selaku pemohon memfailkan writ habeas corpus terhadap Ustazah Nazirah selaku responden pertama dan pihak yang menahan ketiga-tiganya sebagai responden kedua.

21 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diserahkan kepada ibu kandung mereka, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button