Berita UtamaDunia

Tak jaga jarak sosial di majlis kahwin, lebih 20 positif COVID-19

UAE catatkan 58,913 kes wabak coronavirus, 344 kematian

ABU DHABI, 6 Zulhijjah 1441H, Isnin – Lebih 20 orang disahkan positif wabak COVID-19 selepas menghadiri majlis perkahwinan di Abu Dhabi, lapor pejabat berita tempatan Emarat Al Youm yang memetik Pusat Kesihatan Awam.

Dilaporkan, punca mereka dijangkiti kerana tidak mengamalkan langkah penjarakan sosial. 

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada awalnya melarang perhimpunan sosial, termasuk perkahwinan pada bulan Mac sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung penularan coronavirus melalui interaksi kumpulan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menarik semula sebahagian besar arahan sekatan dan membenarkan kegiatan komuniti di tempat awam termasuk sukan dan pusat membeli-belah, tetapi dengan langkah-langkah penjarakan sosial.

Menurut Pusat Kesihatan Awam Abu Dhabi seperti yang dilapor Gulf News, para tetamu di majlis perkahwinan itu didapati positif selepas gagal menjaga jarak sosial.

Pusat itu juga memberi amaran dan mengingatkan penduduk UAE untuk melakukan langkah pencegahan bagi membendung penyebaran wabak dengan lebih meluas.

UAE telah melaporkan 58,913 kes coronavirus yang sebahagian besarnya telah pulih.

Angka kematian akibat pandemik itu ialah seramai 344 orang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button