Berita Utama

Perdana Menteri bentang RMKe-12 pada 27 September ini

Usaha penyediaan RMKe-12 kini hampir 100 peratus siap

PUTRAJAYA, 23 Muharram 1443H, Rabu – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata usaha penyediaan RMKe-12 juga kini hampir 100 peratus siap.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMKe-12 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, pada Rabu.

Turut serta adalah timbalan beliau, Datuk Eddin Syazlee Shith. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button