Berita UtamaDunia
32 maut nahas bas terjatuh dari tebing di Peru
20 penumpang cedera, usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan

LIMA, 23 Muharram 1443H, Rabu – Sekurang-kurangnya 32 orang penumpang maut termasuk dua kanak-kanak dan lebih daripada 20 yang lain cedera apabila sebuah bas terjatuh dari tebing di Peru.
Insiden berlaku di luar bandar Matucana pada awal pagi Selasa.
Polis berkata, bas berkenaan membawa kira-kira 63 orang penumpang ketika nahas.
Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk menemui kemungkinan mangsa yang terselamat, kata jabatan polis di Twitter.
Kemalangan pada Selasa berlaku beberapa hari selepas insiden serupa yang mengorbankan 16 orang di wilayah Cotabambas di Peru.
Dalam kejadian Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa pekerja lombong terjatuh dari tebing ketika melalui jalan berliku. – Agensi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.