Berita Utama

Fasa 1 BKC dibayar mulai 6 hingga 10 September

10 juta penerima babit miskin tegar, B40 dan M40

BANGI, 23 Muharram 1443H, Rabu – Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat secara berperingkat bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Beliau terdahulu mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos lalu.

“Oleh itu, saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

“Hari ini (1 September 2021) dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail berkata, BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Katanya, 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

“Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button