Harga petrol, diesel kekal
Kuat kuasa bagi tempoh 2 September sehingga 8 September 2021

BANGI, 23 Muharram 1443H, Rabu – Harga runcit produk petroleum membabitkan petrol dan diesel masing-masing kekal bagi tempoh 2 September hingga 8 September 2021.
Berdasarkan harga terkini, produk RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.72 seliter serta RM2.05 seliter.
Harga turut tidak berubah untuk produk diesel iaitu RM2.15 seliter, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini.
Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.