Berita UtamaDunia

India dan Taliban secara rasmi runding isu keselamatan

Tuntut jaminan Afghanistan tidak dijadikan medan aktiviti anti-India

NEW DELHI, 23 Muharram 1443H, Rabu – Selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan, India dan Taliban buat pertama kalinya mengadakan rundingan di Doha, Qatar berhubung beberapa isu penting.

Memetik news.abplive.com, rundingan berlangsung di antara Duta India ke Qatar, Deepak Mittal dengan Ketua Pejabat Politik Taliban di Doha, Sher Mohammad Abbas Stanikzai yang memfokus isu-isu keselamatan, keamanan selain proses membawa pulang rakyat India yang masih terkandas di Afghanistan.

“Mesyuarat berlangsung di Kedutaan India, Doha atas permintaan pihak Taliban,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar India.

Dalam rundingan berkenaan India turut membangkitkan beberapa isu termasuk menuntut jaminan supaya bumi Afghanistan tidak seharusnya dijadikan medan sebarang aktiviti anti-India dan sebarang bentuk keganasan lain.

Terdahulu, India telah membawa keluar ratusan rakyatnya termasuk kakitangan diplomatik.

Sementara itu, jurucakap Kementeterian Luar India memaklumkan kebanyakan warganya mahu pulang dan ada sebahagian sudah berjaya dibawa keluar.

Bagaimanapun tidak diketahui jumlah sebenar memandangkan masih ramai rakyat India berada di Afghanistan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button