Berita Utama

Tak takut neraka bila ambil tindakan pilih bulu?

'Jika pihak lawan bukan main lagi tindakan, kalau pihak sendiri pejam mata'

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 13 Rejab 1445H, Khamis – Prof Dr Mohd Ridhuan Tee mengingatkan pemimpin negara supaya menghentikan segera politik dendam yang menyebabkan rakyat terus menderita.

Beliau juga menasihatkan pemimpin tertinggi penjawat awam, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak bertindak seperti lembu dicucuk hidung, atau menjadi kuda tunggangan pemimpin politik.

“Ditakdirkan pemimpin hari ini jatuh, kamu akan menerima akibatnya,” katanya mengingatkan amanah yang diberikan mesti berpaksi kepada neraca keadilan, bertunjangkan rasa takut kepada Allah.

Ridhuan Tee turut menyatakan kebimbangan dengan segelintir pemimpin tertinggi hari ini sama ada dalam politik mahupun penjawat awam – yang seolah-olah tindakan mereka seperti tidak percaya adanya syurga dan neraka.

“Jika kamu percaya kepada adanya syurga neraka, sudah tentu kamu akan berlaku adil. Ini tidak, teramat jelas, pihak lawan bukan main lagi tindakan.

“Bila tiba pihak sendiri, dipejamkan mata. Kamu tidak takut matikah, dalam keadaan usia yang tidak berapa lama lagi?

“Sedarlah kebanyakan kamu yang bertindak zalim ini sudah berusia, 60 tahun ke atas, ada yang 70 tahun ke atas, 80 dan ke atas, petanda mati banyak dah. Takkan masih tidak sedar?,” kata Ridhuan Tee.

Beliau menjelaskan, necara atau asas tindakan mestilah adil yang bermaksud, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

“Bertindak ke atas semua, tanpa memilih bulu. Jika mahu diambil tindakan, buatlah seadil-adilnya, tetapi jangan menganiayai mereka, termasuk keturunannya.

“Malangnya, bila tindakan diambil, mereka terlepas, yang kena adalah anak-anak kita. Berbaloikah politik sebegini?,” soalnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button