Berita UtamaDunia

TERKINI | Gencatan senjata di Gaza lanjut untuk hari ke-7

Proses bebas tebusan diteruskan, tertakluk syarat perjanjian

GAZA, 16 Jamadilawal 1445H, Khamis – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mencapai persetujuan untuk melanjutkan gencatan senjata pada hari ketujuh, hari ini Khamis.

Hamas dalam satu kenyataan berkata, persetujuan gencatan senjata telah dicapai bersama kedua-dua pihak dengan rejim penjajah Israel.

Tentera pengganas Israel juga mengesahkan perkara sama, ia dilanjut berdasarkan usaha pengantara untuk meneruskan proses pembebasan tebusan, tertakluk kepada syarat perjanjian.

Sehingga sejam terakhir, prospek lanjutan gencatan senjata menjadi tanda tanya, selepas kedua-dua pihak gagal bersetuju dengan senarai baharu warga Israel yang akan dibebaskan dari Gaza.- Agensi

BERITA LANJUT MENYUSUL

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button