Berita UtamaDunia

Harga makanan melonjak, Afghanistan berdepan krisis teruk

Perkhidmatan kerajaan tak berfungsi, penjawat awam tidak terima gaji

KABUL, 24 Muharram 1443H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran Afghanistan kemungkinan berdepan krisis makanan dalam tempoh sebulan, ketika Taliban berusaha membentuk kerajaan baru untuk menguruskan negara itu.

“Situasi … dari perspektif kemanusiaan terus menjadi sangat tegang,” kata Koordinator Kemanusiaan PBB d di Afghanistan, Ramiz Alakbarov.

Beliau menambah lebih daripada separuh kanak-kanak di negara itu telah pun bergelut untuk mencari hidangan seterusnya.

Memetik laporan Al Jazeera, harga makanan di Afghanistan meningkat sekitar 50 peratus sementara petrol sebanyak 75 peratus belakangan ini.

Dengan kebanyakan bantuan antarabangsa ditutup, Alakbarov berkata, perkhidmatan kerajaan tidak dapat berfungsi dan kakitangan awam tidak menerima gaji mereka.

Taliban masih belum membentuk kerajaan baru dan pengiktirafan antarabangsa mereka masih dipersoalkan, yang menghalang penyambungan semula bantuan asing.

Sementara itu, penerbangan Qatar Airways telah mendarat di Kabul dengan membawa pasukan yang akan membantu menjadikan lapangan terbang kembali beroperasi sebagai jalan penyelamat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button