Berita UtamaDunia

Negara haram Israel tetap mengaku Baitulmaqdis miliknya sahaja

Tel Aviv kecam rancangan AS buka semula konsulat di Baitulmaqdis

WASHINGTON 24 Muharram 1443H, Khamis – Negara haram Israel menolak rancangan negara pembuli Amerika Syarikat (AS) membuka semula konsulat di Baitulmaqdis.

Tel Aviv menyifatkan tindakan Washington sebagai ‘idea teruk’ dan boleh menyebabkan ketidakstabilan pemerintahan, Perdana Menteri Naftali Bennett.

Pejabat konsulat AS telah ditutup pada Mac 2019 ketika di bawah pentadbiran Donald Trump.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid secara tegas kononnya mengecam rancangan itu dan menyifatkan tindakan itu bukan idea terbaik.

“Kami merasakan rancangan membuka semula konsulat adalah idea yang tidak bagus.

“Ini kerana Baitulmaqdis adalah ibu kota Israel dan hanya dimiliki oleh kami sahaja jadi kami berpandangan rancangan itu bukan adalah idea yang bagus,” dakwnya.

Ketika pemerintahan Trump, AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaannya, memaksa Palestin memutuskan hubungan dengan sebahagian besar pentadbiran itu.

Namun selepas Joe Biden memegang tampuk pemerintahan AS, beliau kononnya berjanji akan mengembalikan hubungan AS dan Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button