Berita UtamaDunia

Pemimpin Taliban janji ekonomi Afghanistan akan kembali pulih

Rakyat berdepan keadaan huru-hara dan krisis ekonomi

KABUL, 24 Muharram 1443H, Khamis – Pemimpin Taliban di Afghanistan memberi jaminan situasi kritikal negara akan kembali pulih meskipun berdepan keadaan ekonomi yang huru-hara selepas selepas penarikan tentera Amerika Syarikat (AS).

Ketua Bank Pusat yang baharu dilantik, menyakinkan semua pihak bahawa sistem perbankan di negara akan kembali beroperasi.

Namun, pihaknya kini sedang memikirkan dana untuk disalurkan ke dalam operasi bank-bank yang terbabit.

Selepas dua minggu pengunduran tentera AS yang mengakhiri peperangan selama 20 tahun itu, Taliban dilaporkan belum menamakan pemerintah terbaharu.

Keadaan menjadi lebih huru-hura apabila penduduk mula memenuhi bank untuk mengeluar wang tunai bagi meneruskan kehidupan

Sementara itu, Televisyen Aljazeera, Qatar pula melaporkan pakar teknikal Qatar telah tiba di atas permintaan Taliban bagi membincangkan semula operasi Lapangan Terbang Kabul yang kini ditutup sementara.

Pada masa sama, negara jiran Pakistan yang mempunyai hubungan rapat pula berharap Afghanistan memiliki pemerintah dalam tempoh masa terdekat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button