Berita Utama

Sabah, Kedah dan Perak catat penggunaan katil ICU lebih 100 peratus

Selangor dan Kelantan masing-masing 99 peratus

KUALA LUMPUR, 24 Muharram 1443H, Khamis – Kapasiti penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 di Sabah, Kedah dan Perak kini melebihi 100 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, setakat semalam penggunaan katil ICU di Sabah yang mempunyai 145 katil adalah 126 peratus manakala di Kedah yang mempunyai kapasiti 104 katil adalah 121 peratus dan Perak yang mempunyai 90 katil adalah 107 peratus.

Dr Noor Hisham berkongsi data itu dalam infografik melalui laman Twitternya hari ini.

Dalam infografik sama juga menunjukkan Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Johor menunjukkan penggunaan katil ICU hampir 100 peratus iaitu Selangor dan Kelantan masing-masing 99 peratus manakala Pulau Pinang 96 peratus dan Johor 95 peratus.

“Bagi seluruh Malaysia, penggunaan katil bukan ICU setakat semalam ialah 78 peratus manakala penggunaan katil ICU 90 peratus,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button